Thursday 15 January 2015

Interview ptd haritu macamana?

Ramai yang dapat panggilan interview pegawai tadbir diplomatik (PTD) baru-baru ni kan? So macamana? Dapat jawab tak semua soalan dia? Aku pon pergi gak interview ptd baru-baru ni. That was my second time. Ritu masa first time si abang belom setahun and tengah pregnant si adik, so mang buat acuh tak acuh sebab memang hope xlulus temuduga. Yela, kalo lulus time tu, acane nak meredah setahun kadet PTD tu dengan perut memboyot kan. Dengo cite, bukan calang jugak latihan dalam kadet tu. So yg first Alhamdulillah xdapat.

So yang second ni rasa dah sedia sikit, abah pun dah macam bagi green light sikit, and hubby pun bagi grern light ckit. Aku je berbelah bagi nak pegi. Aku buat istikharah, esok nye aku bangun tidur, hati aku bulat suh pegi, and menjejakkan kaki juga ke SPA tingkat 6 Putrajaya.

Penemuduga aku sorang je. Datuk Ir Anjin Hj Ajik. Baik orang nya, good looking. Sabahan. Orang besar dalam gak dlm suruhanjaya perkhidmatan Awam. Antara soalan dia, bidang kuasa tugas PTD, Apa kaitan bidang semasa belajar dengan PTD?, kalau jadi PTD, rasa rasa, kat kementerian mana yang sesuai kita ditempatkan?, kalau dapat jadi PTD, kena kerja jauh dengan suami macamana?, bayangkan ada delegasi asing, anda sebagai PTD kena terangkan pasal GST, cuba buat roll play nya macamana nak terangkan kepada mereka?. Tu je.

So, secara overall interview aku xde la kena jawab fact macam sepupu aku kena. Aku pun jawab secara bersantai. Dapat ke tak dapat Allah punya kerja. Aku percaya rezeki Allah tentukan. Aku dah berusaha, berdoa, dan sekarang aku bertawakal. Aku mohon pada tuhan, berilah yang terbaik untuk kami. Andai aku lulus, itulah yang terbaik, andai aku fail itu kuga semestinya terbaik untuk aku. Nanti kita share keputusan nya je!